BRA UNTUK LELAKI!


Di Jepun, kita akan jumpa macam-macam perangai pelik di kalangan rakyatnya.

Salah satu yang penulis temui hari ini ialah coli atau bra untuk lelaki.

Dalam pelbagai bentuk dan warna OK!

Mulanya penulis ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada banyak laman web yang menjual bra lelaki secara tersusun dan profesional.

Ia mula dijual oleh syarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan mendapat permintaan luar biasa banyak. Ia dijual di laman Rakuten.

Satu persoalan….apa perlunya benda ini dipakai lelaki? Apa yang hendak disokong itu?

Ada yang berkata, ia kononnya membawa sifat wanita dari dalam diri lelaki…apa sajalah labu!




SI MATI HADIRI MAJLIS KEMATIAN DIRI SENDIRI!

Brasilia : Seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta di timur laut Brazil menggemparkan keluarga dan orang ramai apabila muncul ketika majlis pengebumiannya.

Ia berpunca daripada kesilapan anggota keluarganya yang tersilap mengesahkan identiti Gilberto Araujo, 41, di sebuah rumah mayat, lapor media di sini, kelmarin.

Keluarga dan sahabat handai Araujo berhimpun dekat mayat seorang lelaki dikatakan Araujo di bandar Alagoinhas, negeri Bahia, apabila Araujo muncul.

Araujo berkata, dia menghadiri majlis ‘pengebumiannya’ itu selepas seorang rakan melihatnya dan memberitahu mengenai ‘kematiannya.’

“Saya cakap, hai semua, saya masih hidup,” kata Araujo kepada laman web berita akhbar O Globo.

Araujo sudah empat bulan tidak pulang ke kampungnya sehinggalah diberitahu mengenai perkara itu.

Lari lintang pukang
Ibunya, seorang pekedai, Maria Menezes, berkata ada beberapa orang yang hadir di pengebumian itu pengsan dan ada yang lari lintang pukang.

“Suasana memang agak mendebarkan. Saya gembira kerana ibu di mana pun akan rasa begitu apabila anaknya yang dilapor mati sebenarnya masih hidup,” katanya.

Araujo juga berkata, selepas dimaklumkan dia sudah mati oleh rakannya, dia cuba menghubungi seorang lagi sahabat di majlis pengebumian bahawa dia masih hidup.

Cubaan menipu

Bagaimanapun, katanya, panggilannya dianggap sebagai cubaan menipu dan memaksanya hadir di majlis pengebumian itu.

Mayat lelaki itu sudah dikenal pasti sebagai Genivaldo Silva Gama dan polis masih meneruskan siasatan.

Inspektor Roberto Lima berkata, kekeliruan mengenai kematian Araujo boleh diterima kerana kedua-duanya ada persamaan iras selain bekerja sebagai pencuci kereta. – Agensi



PENGALAMAN PERTAMA MAIN DENGAN AWEK!

Pada sesiapa yang belum cukup umuq cam langsat, pulasan, … sila baca cite lain.. nanti terangsang nanti hangpa nangisss!!!

Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12th dan yg ketiga anak gadisnya, berusia 18th. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah2 tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil “Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbual2 mesra.

Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”

Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku
“Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati
“I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat “Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap hangpa terangsang dengan cerita benar aku ini… . – hakaluka


Bayi Berusia Sebulan Dirogol dan Dipukul!


LONDON : Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.

Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.

Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.

Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.

Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.

Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”

Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”

Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.

Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.

Mereka disifatkan sebagai peramah.

Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.

Penipuan Bumi Bergelap Selama 3 Hari!


KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.

“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu.

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

“Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”,” katanya.


GAMBAR LADY GAGA, BRITNEY DAN RIHANNA BERTUDUNG!



Hidup ini memang penuh dengan masalah… Adakalanya ia terlalu ‘menyerabutkan’ fikiran hingga buntu kita dibuatnya.

Jadi untuk ‘meringankan’ otak yang serabut itu, berbagai cara dibuat oleh manusia.

Terbaru, entah siapa-siapa telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan penyanyi-penyanyi seksi seperti Lady Gaga, Britney Spears dan Rihanna dalam keadaan yang cukup sopan…siap berhijab!

Teknik photoshop yang digunakan sungguh menarik sehingga kita boleh ketawa melihatnya.

Mungkin si pembuatnya takde apa nak dibuat hujung-hujung minggu ini lalu dia cuba ‘berimaginasi’ sambil menggunakan kemahiran komputernya.

AKSI MANUSIA TERAPUNG TERBONGKAR!



Johan Lorbeer adalah seorang seniman jalanan, lelaki asal Jerman ini suka melakukan hal-hal aneh dan tak jarang aksinya membuat orang terpukau dengan keanehan yang dibuatnya. 

Aksi yang dibuatnya kali ini adalah melayang setinggi 3 meter di atas tanah hanya dengan meletakkan tangan kirinya di tembok. 

Aksinya ini dilakukan di tengah bandar, tiba-tiba membuat orang yang melihatnya pun dibuat tercengang seolah-olah tidak percaya.

Yang dilakukannya terkesan sempurna tidak ada helah dan kejuruteraan, dia kelihatan benar-benar melayang bahkan beberapa action pun dia lakukan. 

Dalam Gambar-Gambar ini, anda akan melihat aksinya yang sangat luar biasa.

Anda ingin tahu, bagaimana cara melakukannya? 

Lihatlah gambar-gambar ini dengan teliti. 

Anda akan menemui jawapannya.










.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lagu nasyid yg agak keterlaluan



Tajuk lagu nasyid ini adalah "Power Kaabah".

Seriously, penulis tidak dapat menangkap apa mesej yang dia ingin sampaikan.

Petikan lirik, "Masakan Kaabah tiada power, sedangkan sabun pun ada power..." .

Apa makna semua ini?

Lagu ini patut dinobatkan sebagai lagu nasyid paling bahalul sepanjang zaman.

Ada ura-ura mengatakan lagu ini sesat dan memesongkan akidah.

Wallahualam!

Organ dan anggota badan tumbuh ditempat yang tidak sepatutnya!



Kerana kecelakaan atau penyakit, organ tubuh normal beberapa pesakit terpaksa harus diamputasi. Nah, untuk membuat organ baru, doktor terkadang harus menumbuhkannya di bahagian tubuh lain sebelum ‘memasangnya’ di tempat semula. Meski tampak aneh dan tidak wajar, cara ini ternyata manjur untuk membuat organ yang sudah diamputasi tumbuh kembali.

Berikut beberapa operasi menakjubkan yang telah berhasil membuat organ baru dengan cara menumbuhkannya di tempat aneh dan tak semestinya.

1. Daun telinga tumbuh di tangan
Dokter di Johns Hopkins telah berhasil menumbuhkan telinga di lengan Sherrie Walters. Wanita 42 tahun ini kehilangan telinga karena diserang kanker bernama basal cell carcinoma pada tahun 2008. Penyakit itu membuat telinga kirinya harus diamputasi bersama dengan beberapa bagian tengkorak dan saluran telinga.

Dia sekarang menjadi orang pertama yang menumbuhkan kembali telinga dengan menggunakan tulang rawan yang diambil dari tulang rusuknya sendiri. Dalam prosedur eksperimental, telinga ditempatkan di bawah kulit dan dibiarkan tumbuh selama empat bulan sebelum ditransplantasikan ke kepalanya.

2. Sebagian tengkorak disimpan di dalam perut
Akibat kecelakaan parah yang menimpanya, Jamie Hilton (36 tahun), mengalami pembengkakan dan pendarahan di bahagian otak. Untuk menyelamatkan nyawanya, tim dokter melakukan cara yang amat ekstrem, yaitu memotong sebagian tengkorak beserta otaknya untuk ditanam di dalam perut agar nanti bisa dipasang lagi di kepala.

Tengkorak mantan ratu kecantikan ‘Miss Idaho’ tahun 2009 ini harus ditanamkan di dalam perut selama 42 hari, yang memungkinkan tulang tetap steril dan menghentikan pembengkakan otak. Doktor kemudian memasang kembali tengkoraknya menggunakan sekrup titanium. Proses kesembuhannya pun berjalan dengan mulus.

3. ‘Tanduk setan’ untuk menghilangkan tanda lahir
 George Ashman (6 tahun) lahir dengan memiliki tanda lahir hemangioma yang berwarna merah terang dan ada benjolan pembuluh darah lembut yang abnormal. Untuk menghilangkan tanda lahir berwarna merah itu, dokter sampai harus menanam dua ‘tanduk’ di dahinya yang terlihat seperti tanduk setan.

Dokter menanamkan (implan) 2 jaringan ekspander di bawah kulit yang tujuannya melebarkan kulit di dahi secara bertahap. Setelah kulit dahinya melebar dengan bantuan dua ‘tanduk’ itu maka dokter boleh mengambil kelebihan kulit di atas tanda merah itu.

4. Kaki dioperasi terbalik agar sembuh dari kanser

Demi menyelamatkan nyawa dari kanser tulang osteosarkoma di paha yang mengganas, Dugan Smith (14 tahun) harus dioperasi yang membuat kakinya terbalik. Paha sampai lututnya harus dipotong, lalu betis kaki naik menjadi paha dan pergelangan kaki menjadi lutut dengan telapak kaki yang harus menghadap ke belakang bukan ke depan.

Kaki kanan Dugan yang baru sekarang tingginya hanya sebatas lutut. Lalu kerana menghadap ke belakang, telapak kakinya boleh ditekuk sehingga memudahkan memakai kaki palsu atau alat bantu berupa prosthetic (kaki palsu).

5. Tangan tumbuh di kaki
Tangan Ming Li (9 tahun) terputus setelah dilanggar traktor pada tahun 2010. Doktor mengatakan kerosakan begitu parah sehingga harus menempatkan tangan di kaki kanannya. Setelah 3 bulan, tangan tersebut disambungkan kembali di lengannya.

Dr Hou Jianxi dari rumah sakit tempat Ming dirawat di Zhengzhou, Provinsi Henan, mengatakan tangannya mengalami perbaikan dengan baik dan darah dapat mengalir normal melalui tangannya.

6. Jari tumbuh di atas perut
Wang Yongjun (20 tahun) mengalami kecelakaan kerja yang membuat jari tengah di tangan kirinya terputus terkena gergaji elektrik. Jari yang terpotong cukup panjang, tapi doktor tidak melakukan operasi pemotongan sisa jari. Sisa jari yang terpotong ditempalkan di daging perut agar boleh tumbuh kembali.

Teknik ini adalah cara untuk memulihkan sirkulasi darah ke jari yang terluka sehingga tubuh dapat memperbaiki bagian yang luka tersebut. Caranya, doktor mengoperasi dan melekatkan jari Wang ke perutnya dengan harapan kulit dan otot baru akan tumbuh di sekitarnya.



Mayat pasangan berzina yg melekat!




SEJAK akhir-akhir ini, kecoh di wilayah Karawang, Jawa Barat, Indonesia mengenai tersebarnya sekeping foto yang didakwa masyarakat tempatan sepasang kekasih yang menemui ajal ketika sedang berzina di atas sebuah tanah perkuburan di kawasan tersebut.

Foto yang tersebar itu menunjukkan dua orang anggota polis sedang memeriksa jasad manusia yang ‘melekat’ di dalam sebuah beg mayat.

Lebih menyakinkan penduduk, lantai tempat beg mayat itu diletakkan merupakan lantai yang serupa dengan bilik mayat sebuah hospital di situ.

Penduduk mendakwa, kedua-dua mayat itu adalah dari sebuah kampung berhampiran.

Mereka dikatakan masing-masing sudah berkeluarga namun terlibat dalam percintaan terlarang.

Disebabkan kedua-duanya dikatakan melakukan persetubuhan haram di sekitar makam keramat di sebuah daerah bernama Cengsin, Klari, pasangan tersebut menerima ‘akibatnya’ hingga menemui ajal dengan keadaan sebegitu rupa.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan jelas sepasang tubuh yang berpelukan.

Sementara itu Kepala Kepolisian Sektor (Kapolsek) Klari, Kompol Wahidin enggan mengesahkan perkara itu.

” Jika kejadian itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, sudah tentu kami sudah dimaklumkan mengenainya,” kata Wahidin ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.